-->

‘Ini conversation pelakor & bekas sisa saya’ – Nurul Shuhada

Nurul Shuhada Mat Shukri, menuntut bekas suaminya Hafidz Roshdi membayar nafkah dua anak mereka yang tertunggak, menerusi media sosial, semalam.

Difahamkan, Shuhada pernah cuba meminta Hafidz melaksanakan tanggungjawabnya secara peribadi. Malangnya tidak diendah dan menyebabkan dia menyuarakan perkara itu di media sosial.

Tunggakan RM11,000+

“Selesaikan tanggungjawab anda sebagai seorang bapa. Betul kes mahkamah masih dalam proses. (Tapi) kalau nak tunggu perintah mahkamah, siapa nak bayar hal anak-anak? Pengurusan sekolah semestinya mencar bapa kepada students. Jadi kalau nak tunggu keputusan mahkamah, Umar dengan Humairah tak perlu makan, tak perlu sekolah?” katanya.

Shuhada turut berkongsi gambar perbualan WhatsApp dengan pihak insurans dan sekolah yang menuntut bayaran tunggakan.

“Sepanjang perjalanan ini semua, saya yang tanggung semuanya, dibantu oleh kedua ibu bapa saya juga. Persekolahan Humairah ditanggung sepenuhnya oleh saya. Sekolah dipilih berdasarkan nasihat psychatrist.

“Saya sebagai ibu menerima nasihat pakar dan mencari nafkah untuk anak-anak sehabis baik walaupun menanggung semuanya seorang diri selepas diceraikan. Total persekolahan roughly RM11,000 lebih.

“Tiada alasan seperti periuk nasi tertutup dan sebagainya. Yang buat periuk nasi tertutup itu diri sendiri punya pilihan. Jadi, kenapa anak-anak yang perlu menanggung akibatnya?

“Jadi sekarang dah dapat income kan? Mohon selesaikan. Jangan sembang bab ‘Siapa yang minta cerai’. Perceraian takkan berlaku jika anda menjalankan tanggungjawab seperti yang ditetapkan oleh Allah,” katanya.

Shuhada dedah perbualan tak senonoh bekas suami dengan pelakor

Bagaimanapun awal pagi tadi, kesabaran Shuhada sudah mencapai had dan dia memuat naik gambar perbualan WhatsApp bekas suaminya itu dengan wanita yang menjadi punca rumah tangganya musnah.

“Ini perbualan di antara pelakor (penyondol) dan bekas sisa saya. Untuk pengetahuan, Chat ini dberi oleh pelakor sendiri sebab nak buktikan yang dia mampu untuk memuaskan si polan.

18 bulan saya bersabar. Kau yang start dulu, maka sila bincangnya. Saya pegang kata-kata ‘Jangan mulakan dulu Shu. Kalau dia yang sebarkan dulu, then baru you up’. So disebabkan sampai conversation mama mempertahankan saya pun dimalukan, jadi silakan menjamu hidangan,” katanya.

Reaksi netizen

Pendedahan terbaru itu mengundang pelbagai reaksi netizen. Ramai yang terkejut dan berasa mual serta loya apabila membaca isi kandungan perbualan berunsurkan lucah itu.

‘Kecewanya baca’ – Netizen
Demi nafsu’ – Netizen
‘Murahnya maruah seorang perempuan’ – Netizen

Namun, ada juga netizen yang mempertikaikan tindakan Shuhada yang didakwa cuba menganiaya Hafidz yang baru saja mendapat tawaran berlakon.

The post ‘Ini conversation pelakor & bekas sisa saya’ – Nurul Shuhada appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar