-->

Individu dedah taska tak utamakan kebersihan & keselamatan

Seorang wanita mendedahkan keadaan sebenar sebuah pusat asuhan kanak-kanak yang terletak di Sungai Buloh yang didakwa tidak mengikut peraturan yang sewajarnya selain tidak menjaga keselamatan bayi yang diletakkan di pusat berkenaan.

Dalam hantaran berkenaan, wanita tersebut yang baru sahaja bekerja selama enam hari turut mendapati pengasuh tidak menjaga kebersihan yang baik.

“Spill the tea. Korang nak ke hantar anak kat taska ni? Hantar 400+/500+.

“Baby enam bulan, dua tahun makanaring 1 mangkuk 1 sudu beramai ramai. Tuala parents sediakan but diorang share 1 towel untuk semua budak. Kain buai warna kelabu bau hancing dan koyak,” tulisnya.

Katanya juga, keadaan persekitaran dan penjagaan yang tidak bersih menyebabkan ada kanak-kanak dan bayi yang ditempatkan disitu mudah mendapat penyakit.

“Aku kerja enam hari tak sanggup dan tengok. Cuci botol baby pakai span basuh pinggan dan tuala cuci singki. Gaji RM1200. Pergi review taska tu. Dari baby tang tak eczema terus macam-macam kena,” katanya.

Sehubungan dengan itu, netizen meminta Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk menyiasat perkara ini. Dalam pada itu, netizen juga berasa hairan bagaimana pihak pengusaha taska membenarkan bayi di pusat asuhan berkenaan tidur dalam buaian kain.

Sumber: X

The post Individu dedah taska tak utamakan kebersihan & keselamatan appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar