-->

Gadis berusia 23 tahun, nekad kahwini lelaki berusia 80 tahun walaupun dibantah keluarga

Cinta sejati kadang-kadang tidak dapat diramalkan. Ia mungkin muncul pada masa dan tempat yang tidak dijangka.

Seperti kisah yang berlaku di sebuah pekan kecil di Hebei, China. Seorang gadis berusia 23 tahun mengambil keputusan untuk memutuskan hubungan dengan keluarganya dan memilih untuk berkahwin dengan lelaki warga emas berusia 80 tahun.

Menurut portal Sohu, kisah pasangan ini telah menarik perhatian ramai pengguna media sosial, yang kebanyakannya terkejut dengan pemilihan gadis berkenaan.

Cinta berputik di rumah kebajikan orang tua

Xiao Fang (nama samaran), seorang gadis biasa dari Hebei berkata, pertemuannya dengan Li (nama samaran), berusia 80 tahun, bermula secara kebetulan.

Pada ketika itu, Xiao Fang bekerja sebagai sukarelawan di sebuah rumah kebajikan dan Li adalah salah seorang warga emas di rumah tersebut. Mereka berdua kemudian menjadi kawan kerana minat dan hobi yang sama.

Dipendekkan cerita, Xiao Fang menyedari perasaannya terhadap Li telah melebihi batasan persahabatan biasa. Walaupun terdapat perbezaan usia 57 tahun antara mereka, namun jiwa mereka sangat sepadan. Xiao Fang mengakui dia tertarik dengan kematangan, kestabilan, dan kebijaksanaan Li. Sementara Li terpukau dengan keceriaan, kemudaan dan kebaikan Xiao Fang.

Keluarga bantah

Bagaimanapun, perhubungan mereka dibantah oleh keluarga Xiao Fang. Selain faktor umur, mereka mengesyaki Li hanya mahu mengambil kesempatan ke atas Xiao Fang.

Setelah membuat pertimbangan yang mendalam, Xiao Fang memilih untuk mengikut suara hatinya dan berkahwin dengan Li. Keputusannya itu sekali gus memutuskan perhubungannya dengan keluarga.

Bagi Xiao Fang, selagi Li berada di sisinya, dia berani menghadapi pelbagai dugaan mendatang walaupun tanpa kehadiran keluarganya.

Pasangan itu kemudian melangsungkan perkahwinan mereka secara kecil-kecilan dan mengikat janji untuk hidup semati bersama-sama.

Dikecam netizen

Difahamkan, Li tidak aktif bekerja kerana faktor usianya. Li hanya hidup bergantung dengan duit pencen. Perbelanjaan rumah pula ditanggung oleh Xiao Fang sepenuhnya. Walaupun begitu, Xiao Fang selalu berkongsi detik kebahagiaan mereka di media sosial.

Hal itu mengundang netizen mengecam dan menuduh Xiao Fang sebenarnya hanya mahukan perhatian dan publisiti murahan. Namun, kecaman dan tuduhan itu tidak diendahkan oleh Xiao Fang.

The post Gadis berusia 23 tahun, nekad kahwini lelaki berusia 80 tahun walaupun dibantah keluarga appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar