-->

‘Dia minta maaf tapi tiada adab, siap cabar untuk viralkan’ – Mangsa body shaming

Individu yang dihina dua jurujual kenderaan jenama terkemuka, Irfan Ros, tampil menjelaskan situasi sebenar mengenai insiden yang menimpanya itu.

Menerusi video penjelasan yang dimuat naik di TikTok, Irfan berkata, dia memilih untuk memaafkan dua bekas rakan sekerjanya itu. Namun, reaksi yang ditunjukkan oleh mereka pula tidak dapat diterima.

‘Sakit hati tengok live rakan sekerja kutuk kita’

@irfanros [Part 1] Saya terima semua kutukan yang dilontarkan. Semoga mereka mendapat kesedaran.🤲🏻♬ original sound – irfanRos – irfanRos

“Saya adalah mangsa yang dikutuk mereka. Saya maafkan dan saya tak kisah. Sebenarnya ketika saya sedang menonton siaran langsung itu, saya belum lagi berhenti kerja lagi. Saya duduk di bilik berasingan di mana kakitangan baru ditempatkan di situ.

“Masa itu tak ada buat apa-apa dan saya pun melayari TikTok dan terhenti di satu siaran langsung. Tengok-tengok, macam kenal ni. Macam staf dekat bawah, macam tengah mengumpat tentang saya.

“Siapa tak sakit hati bila tengok orang lain tengah live, mengutuk kita. Saya pun rekod dan bawa ke pihak pengurusan. Selama ini pun saya dah rasa tak sedap, rasa macam nak berhenti. Tapi ini, memang Allah nak tunjuklah dan saya pun berhenti.

“Pada masa hari kejadian, mereka belum tahu bahawa saya sudah mengetahui perkara ini. Jadi, saya pun turun ke bawah dan berjumpa dengan mereka seperti tiada apa-apa yang berlaku. Saya berbual secara baik dengan mereka, tetapi dalam hati saya memang sakit.

“Balik tu, saya resign dan keesokan harinya video itu tular. Dan begitulah kronologi kejadiannya. Pesanan saya kepada mereka yang mengutuk saya tempoh hari, semoga bertaubat. Tak perlulah mengata-ngata tentang orang. Kalau kita tak suka orang, kita simpan dalam hati. Tak perlu nakbuat live dan cerita dengan orang lain. Yang penting, kita bekerja secara sihat,” katanya.

‘Dia cabar untuk viralkan’

Memetik laporan Astro Gempak, Irfan memaklumkan dua individu berkenaan ada menghubunginya untuk memohon maaf. Tetapi cara permohonan maaf itu seperti tidak ikhlas dan tiada adab.

“Dia ada WhatsApp saya untuk minta maaf, dan saya maafkan. Tetapi dia cabar saya dan kata, ‘Nak viralkan, viral lah’. Ini bukan cara yang betul untuk minta maaf, cara dia minta maaf seperti tiada adab. Saya tak tahu dia ikhlas atau tidak, mungkin dia ikhlas cara dia begitu. Sebab dah minta maaf tu, dia selitkan lagi cakap saya sombong.

“Saya dah minta maaf tapi dia masih nak cakap saya sombong. Ini macam tak puas hati lagi,” ujarnya.

Bagi Irfan, dia seboleh-bolehnya enggan mengheret perkara ini kepada pihak atasan kerana kes akan menjadi lebih melarat. Namun, perbuatan dua bekas rakan sekerjanya itu sangat tidak profesional.

Terdahulu, dua jurujual terbabit menghina dan melakukan body shaming terhadap Irfan secara keterlaluan dalam siaran langsung di media sosial. Satu sumber memaklumkan, disebabkan masalah itu, dua jurujual berkenaan digantung kerja selama dua minggu.Tiada maklumat apa tindakan yang akan dikenakan terhadap mereka.

The post ‘Dia minta maaf tapi tiada adab, siap cabar untuk viralkan’ – Mangsa body shaming appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar