-->

Burukkan tempat kerja umpama neraka, TikToker mohon maaf – ‘Sebenarnya ruang solat disediakan..’

Kebajikan pekerja merupakan aspek penting yang perlu diberi perhatian oleh majikan. Ini termasuklah isu gaji yang tidak seharusnya dipandang remeh kerana ia melibatkan banyak perkara termasuk emosi pekerja.

Baru-baru ini, satu video telah tular di TikTok di mana seorang lelaki bernama Nazmi mendakwa tempat kerjanya tidak seperti yang disangkakan. Menurut Nazmi, dia pernah menunggu di depan kedai yang sudah tutup semata-mata untuk mengambil gaji.

‘Dah give up’

“First time jumpa tempat kerja macam neraka. Menunggu depan kedai yang dah tutup, semata-mata nak ambik gaji.

“Dilayan seperti warga asing. Management dah ke Laut China Selatan. Tiada ruang solat. Bila nak pergi surau, kena marah. Gaji bagi lambat dan banyak kena potong.

“Korang nak support kedai ni, korang supportlah. Aku dah give up dengan kedai ini,” katanya.

Video kedua, pengadu mohon maaf

Namun, dalam video terbaru yang dimuat naik oleh Nazmi, dia menjelaskan bahawa ruang solat sebenarnya disediakan tetapi agak tidak selesa. Oleh itu, dia memilih untuk solat di luar.

Berkenaan dengan isu gaji, Nazmi menegaskan bahawa dia menerima gaji, cuma gajinya ditolak kerana dia terkena covid. Dia juga telah menyelesaikan perkara tersebut bersama majikan kedai buku dan alat tulis.

https://ift.tt/BdICKrO

“Berkenaan dengan video saya yang sudah viral itu, saya nak jelaskan untuk netizen yang tidak faham. Ruang solat sebenarnya disediakan, tetapi agak tidak selesa kerana ruangnya terlalu kecil. Oleh itu saya mengambil keputusan untuk solat di luar.

“Berkenaan dengan gaji, ramai netizen yang komen saya tak dapat gaji. Sebenarnya dakwaan itu salah lah. Saya dapat gaji, cumanya gaji saya ditolak kerana saya kena covid,” katanya.

Majikan utamakan solat

Pemilik premis berkenaan menegaskan bahawa hal tersebut tidak membabitkan mana-mana syarikat lain dan mungkin cara Nazmi memberi penjelasan mengenai hal tersebut tidak tepat sehingga menimbulkan kekeliruan ramai.

“Cara yang dia explain itu mungkin silap. Daripada kita punya pihak, kita tidak akan menipu sesama orang Islam. Kita utamakan solat daripada kita mencari rezeki,” katanya.

The post Burukkan tempat kerja umpama neraka, TikToker mohon maaf – ‘Sebenarnya ruang solat disediakan..’ appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar