-->

‘Apa pandang-pandang?’ – 2 lelaki bergaduh di kedai makan

Polis Georgetown mengesahkan menerima laporan mengenai pergaduhan yang melibatkan dua lelaki di sebuah kedai makan di Jalan Perak.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Razlam Ab Hamid berkata, pihaknya mengesan satu video tular yang menunjukkan dua individu bergaduh di sebuah premis.

Siasatan awal mendapati, kejadian itu berlaku pada jam 4 pagi, 31 Mei lalu.

“Semakan mendapati kejadian berlaku pada 31 Mei lalu, 4 pagi di sebuah kedai makan, melibatkan dua lelaki tempatan.

“Kira-kira 8.07 pagi, 1 Jun, polis menerima laporan daripada mangsa kejadian,” katanya.

Orang ramai dinasihatkan tidak membuat sebarang spekulasi mengenai kejadian dan kes sedang disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Terdahulu, video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) kejadian itu tular di media sosial. Video berdurasi lebih seminit itu menunjukkan suspek dipercayai mempersoalkan mengapa mangsa memandang-mandang ke arahnya.

Keadaan menjadi semakin tidak terkawal apabila kedua-duanya saling mencarut dan bergaduh. Orang ramai yang menyaksikan kejadian itu cuba meleraikan mereka tetapi gagal berbuat demikian.

Sumber: Kosmo! Online

The post ‘Apa pandang-pandang?’ – 2 lelaki bergaduh di kedai makan appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar