-->

Anak pelanggan termakan nasi babi disebabkan rider tersilap hantar bungkusan makanan?

Gara-gara kecuaian seorang penghantar makanan (rider) telah menyebabkan anak-anak kepada pelanggan beragama Islam secara tidak sengaja termakan nasi babi. Kes ini telah menjadi perbualan hangat di media sosial sejak dua hari lalu.

Berdasarkan hantaran yang dikongsikan oleh Izham Nayan, rakannya (pengadu) terdahulu memesan Mi Tarik Warisan melalui aplikasi kerana anak-anaknya mula mengadu kelaparan. Tambahan, isterinya sedang sibuk mengguruskan kelas online.

Setelah siap, makanan tersebut dihantar oleh penghantar makanan dan disangkut di pagar kediaman.

“Asalnya order Mee Tarik Warisan. Si ibu tengah handle online class, anak-anak kecil pula tengah lapar. Si ayah order makanan untuk anak di rumah. Anak terima dan makan saja.

“Resit biasanya ditampal di luar, tetapi kali ini resit diletakkan di bahagian bawah dalam plastik. Bila dikeluarkan semua makanan, barulah jumpa resitnya,” katanya.

Pesanan yang didakwa nasi babi
Resit untuk makanan tidak halal tersebut
Hidangan asal yang dipesan oleh pengadu

Di ruangan komen, insiden ini menimbulkan pelbagai reaksi netizen dan tidak menyangka kejadian sebegini boleh berlaku.

Ada yang menyalahkan penghantar makanan, tidak kurang juga ada yang menyalahkan pasangan suami isteri tidak memeriksa dengan teliti pesanan yang diterima sebelum dimakan oleh anak-anak.

“Biasanya saya akan double check semua bungkusan makanan yang dihantar sebelum terima. Bila semua betul, barulah terima dan makan. Dalam kes ini, ibu bapa budak tu tak check langsung ke?” kata Nael.

“Tak apa, tak dikira berdosa kalau memang betul tak perasan. Melainkan kalau memang dah tahu makanan itu haram, tetapi masih lagi dimakan, memang haramlah,” kata Eddy.

“Rider ni mesti dapat double order. Masalahnya sebelum bagi item pada customer, takkan tak check nombor order dengan alamat? Rider yang cuai dalam hal ini,” kata Paet.

The post Anak pelanggan termakan nasi babi disebabkan rider tersilap hantar bungkusan makanan? appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar