-->

‘Aku kena denda RM5 sebab anak makan bersepah’

Kanak-kanak seringkali meragam apabila dibawa ke tempat awam. Ibu bapa memainkan peranan penting dalam mengawal dan menjaga anak-anak mereka agar tidak mengganggu orang lain.

Baru-baru ini, seorang individu mengadu dia telah didenda oleh kedai makan kerana anaknya makan bersepah. Sedangkan anaknya masih kecil dan berumur setahun lebih.

‘Makanan dahlah mahal, kena denda lagi’

“First time aku kena denda RM5 dekat kedai makan, sebab anak (bawah usia dua tahun) makan bersepah.

“Sayur kalian ikan masin, telur dadar, ikan Siakap tiga rasa (RM55), tak ada Tom Yam. Mahal nak mampos. Kena denda lagi,” katanya.

Terkesan dengan insiden itu, pengadu bertanya apakah tindakan pihak kedai makan itu wajar dan bolehkah dia membuat aduan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) mengenai denda tersebut.

“Boleh ke buat aduan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDNKK) mengenai denda tu? Boleh ke pihak kedai mengenakan denda terhadap pelanggan sebab makan bersepah?” katanya dalam insiden yang berlaku di sebuah kedai makan di Kuala Lumpur.

‘Bagus juga idea denda makan bersepah’

Sementara itu, ada netizen yang mengatakan ini kali pertama mereka mendengar denda seperti itu, tidak kurang juga yang bersetuju denda sedemikian wajar dikenakan sebagai pengajaran atau peringatan kepada pelanggan.

“Aku setuju je kedai kenakan denda kalau sepah. Anak kecil bukan lesen, be responsible untuk anak sendiri,” kata Ara.

“Ini jenis mak bapak terpaling nak ajar anak makan sendiri with zero respect towards the restaurant staff. Selalu Nampak mak bapak jenis macam ni dekat kedai makan, macam anak ayam makan bersepah. Nak didik anak, buat kat rumah. Kalau dekat luar, suapkanlah. Kesian staff nak kemas atas meja tu, belum lagi yang di bawah meja,” kata Gajus Pedas.

“Bagus juga idea denda makan sepah ni. Ada anak pun tak kiralah, habis makan tinggal meja macam kerbau pendek hutan baru singgah pun tak semenggah juga perangai,” kata Anas.

The post ‘Aku kena denda RM5 sebab anak makan bersepah’ appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar