-->

‘Agamawan perlu berhati-hati beri pandangan’

Susulan isu kontroversi yang terkait dengan pendakwah bebas, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar menegaskan kepada agamawan supaya berhati-hati dalam menyampaikan pandangan dan perlu menyemak rujukan yang sahih.

Beliau berkata, agamawan perlu berlapang dada untuk mengatakan tidak tahu jika kurang arif dalam menjawab soalan yang bukan bidang mereka.

Katanya, masyarakat sangat memandang tinggi golongan agamawan sehinggakan apa yang diucapkan akan diterima kerana mereka sentiasa dahagakan ilmu pengetahuan.

“Saya minta kepada agamawan, untuk sentiasa berhati-hati dalam memberi pandangan masing-masing.

“Pastikan rujukan yang dibuat berdasarkan kepada keyakinan rujukan tersebut.

“Tak salah untuk mengatakan tidak tahu kerana Imam Malik, Imam Syafie apabila ditanya oleh anak murid, kalau tak tahu, jawab tidak tahu.

“Kita ini masalahnya kadang-kadang apabila ada soalan, kita nak jawab semua,” katanya.

Ujarnya lagi, ajaran ulama terdahulu juga mengajarkan perkara yang sama.

“Sepatutnya perkara yang kita tidak tahu, kita jawab tidak tahu. Ini yang ajarkan oleh ulama terdahulu,” katanya

Sumber: Sinar Harian

The post ‘Agamawan perlu berhati-hati beri pandangan’ appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar