-->

8 hari tak balik rumah, rupanya ayah maut dalam kemalangan

Kehilangan seorang lelaki berusia 57 tahun sejak 8 Jun lalu akhirnya terjawab apabila mangsa ditemui dalam keadaan tidak bernyawa di kawasan semak dekat Jalan Besar Felda Soeharto, Hulu Selangor pada Sabtu lalu.

Laporan mengenai kehilangan mangsa telah dibuat oleh anaknya pada 9 Jun, sehari selepas beliau dilaporkan hilang.

Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Deputi Superintenden Mohd Asri Mohd Yunus berkata, mangsa dikatakan tidak pulang ke rumah selepas keluar untuk membeli rokok dari Taman Sentosa, Klang.

Polis kemudian menerima maklumat tentang penemuan mayat yang bersebelahan dengan sebuah motosikal di lokasi tersebut.

Hasil siasatan mendapati, mayat tersebut adalah mangsa yang sebelum ini dilaporkan hilang. Mangsa dipercayai telah terbabas semasa menunggang motosikal dan tercampak ke kawasan semak, yang menyebabkan kematiannya di tempat kejadian.

Mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk menjalani proses bedah siasat. Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber: Sinar Harian

The post 8 hari tak balik rumah, rupanya ayah maut dalam kemalangan appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar