-->

‘Tengok kereta Singapore, dia sampai boleh jilat tayar’ – Individu tak puas hati staf stesen minyak beri layanan berbeza

Pemberian tip merupakan amalan sosial yang lazim, di mana pelanggan memberikan wang tambahan kepada pekerja sebagai penghargaan atas layanan yang baik. Namun, terdapat perbezaan pendapat mengenai adakah majikan berhak mengambil tip yang diberikan kepada pekerja.

Baru-baru ini, satu video tular menunjukkan seorang lelaki tidak berpuas hati dengan tindakan seorang pekerja stesen minyak. Dia mendakwa pekerja tersebut hanya memberikan layanan yang baik kepada pelanggan dari Singapura berbanding warga tempatan.

Sampai boleh jilat tayar

“Ini kat stesen minyak Johor Jaya, ini kereta Singapore. Kalau kereta Malaysia, dia (pekerja) pandang pun tidak. Tengok kereta Singapore (datang) dia sampai boleh jilat tayar. Dia bersihkan depan belakang, semua dah bersih ni.

“Kadang-kadang diorang (Singaporean) isi minyak RON 95, pekerja buat bodoh sebab dia dapat tips. Tengok ni, kejap lagi dia ambil duit dan masuk dalam kocek. Pasal duit, semua boleh.

“Kalau kereta Malaysia lalu, kita tunggu pun dia buat bodoh. Dia buat nampak tak nampak saja. Kalau orang itu (Singaporean) isi RON 95 pun boleh, asalkan orang itu selit RM20-RM30 dalam kocek dia,” kata individu berkenaan.

Orang Malaysia kedekut bagi tips?

Video tersebut mencetuskan pelbagai reaksi netizen. Ada netizen berpendapat, pengguna di Malaysia terlalu kedekut dalam memberikan tips berbanding dengan pengguna warga asing. Tidak kurang juga yang mempertahankan hak pekerja untuk menerima tip dan menganggapnya sebagai rezeki yang halal.

“Alaaa, korang pun kedekut. Bila diorang lap cermin, satu sen haram pun tak hulur. Yang korang tahu, cuma mencari keburukan sahaja,” kata netizen.

“Tak salah pun dia bagi tips. Teruskan untuk mencari rezeki yang halal. Saya pun biasa hulur je kat merekat. Kalau mereka reject, saya masuk ke dalam poket baju. Apa salahnya? Lebih baik dari menerima rasuah,” tambah netizen lain.

Amalan pemberian tip adalah subjektif dan bergantung pada budaya serta pandangan individu. Namun, sebagai majikan penting untuk menghormati hak milik tip pekerja dan tidak mengambilnya tanpa kebenaran.

Sebagai pelanggan, kita juga perlu menghargai layanan yang baik dengan memberikan tip secara adil dan ikhlas.

The post ‘Tengok kereta Singapore, dia sampai boleh jilat tayar’ – Individu tak puas hati staf stesen minyak beri layanan berbeza appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar