-->

‘Malaysia usul Arab Saudi bina terminal khas bagi kemudahan jemaah haji & umrah’ – Anthony Loke

Kerajaan Malaysia mengusulkan cadangan kepada Arab Saudi untuk membina terminal khas bagi membantu memudahkan urusan jemaah haji dan umrah.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook menerusi hantaran di Facebook memaklumkan terminal khas yang dibuat dapat membantu penerbangan-penerbangan yang datang ke Jeddah atau tempat-tempat lain di Arab Saudi dapat dilaksanakan di mana pelepasan imigresen Arab Saudi dapat dibuat di Kuala Lumpur sebelum bertolak ke Tanah Suci

“Dalam perjumpaan dengan Menteri Pengangkutan Arab Saudi, saya telah bangkitkan Lapangan Terbang Kuala Lumpur untuk mendirikan satu terminal khas untuk pengurusan haji dan umrah.

“Selain daripada urusan haji, kami harap pelepasan imigresen Saudi dapat diperluaskan kepada umrah sepanjang tahun.

“Perkara ini akan disusuli dan kita berharap dapat direalisasikan dalam kadar segera,” tulisnya.

Kemudahan tambahan kepada jemaah umrah Malaysia

Katanya, fokus utama dalam perbincangan tersebut termasuk kemudahan tambahan kepada jemaah umrah Malaysia.

“Kita juga sedang berbincang dengan pihak kerajaan Arab Saudi untuk menambah penerbangan tambahan semasa musim haji supaya ini dapat memudahkan pergerakan haji dari Kuala Lumpur Malaysia ke Arab Saudi.

“Bagi ibadah haji memang sudah mempunyai kemudahan di Kuala Lumpur tetapi kita bukan hanya mahu fokus untuk haji tetapi umrah juga. Ini akan memudahkan lebih ramai rakyat Malaysia mengerjakan umrah sepanjang tahun,” katanya.

Dalam perjumpaan tersebut juga, turut dibincangkan penambahbaikan jaringan udara serantau dan juga kerjasama kepakaran dalam sektor udara.

Sumber: Anthony Loke Siew Fook

The post ‘Malaysia usul Arab Saudi bina terminal khas bagi kemudahan jemaah haji & umrah’ – Anthony Loke appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar