-->

Madinah dilanda banjir teruk

Banjir kilat susulan hujan lebat yang melanda bahagian utara Arab Saudi menyebabkan penutupan jalan raya dan sekolah. Pusat Meteorologi Kebangsaan Saudi (NCM) mengeluarkan amaran perjalanan.

Beberapa gambar dan video tular juga menunjukkan banjir kilat yang bermula pada Isnin lalu melanda wilayah Al-Ula dan Madinah. Kelihatan beberapa kenderaan hampir tenggelam di kawasan berkenaan.

Beberapa perkongsian juga dilihat lalu lintas di kawasan yang terjejas mengalami kesesakan yang teruk.

Baru-baru ini, NCM telah mengeluarkan ancaman tahap merah di wilayah Madinah dan meramalkan hujan lebat dan ribut petir, angin kencang dan hujan batu turut berlaku di Al-Ula.

Bencana ini berlaku selepas banjir kilat melanda Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Oman.

Terdahulu, pada November 2022, bandar Jeddah dilanda banjir kilat sehingga mengorbankan dua orang.

Dikatakan banjir yang berulang di bandar tersebut berpunca daripada kekurangan saliran mengalirkan air hujan.

Sumber: Sinar Harian

The post Madinah dilanda banjir teruk appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar