-->

‘KFC tidak pernah masuk senarai boikot’ – BDS Malaysia

Restoran makanan segera, KFC tidak pernah termasuk dalam kempen boikot, kata kumpulan pro-Palestin Boikot,Penjualan, Sekatan (BDS).

Menurut Pengerusi BDS Malaysia, Prof Dr Mohd Nazari Ismail, mereka tidak pernah sesekali membuat kempen terhadap rakyat Malaysia untuk memboikot KFC dari dahulu sehingga sekarang.

“McDonald’s (McD) pun dulu tidak masuk senarai, tetapi terpaksa dimasukkan dalam senarai apabila cawangan di Israel memberi makan percuma kepada tentera Zionis Israel.

“Seluruh dunia marah terhadap McD sebab tindakan itu, yang tidak disekat oleh McD Corporation.

“Alhamdulillah KFC tidak pernah melakukan tindakan sama dan sebab itu tidak perlu dimasukkan dalam senarai boikot,” katanya.

Dalam satu hantaran, Mohd Nazari menyatakan dia mendapati ada pelanggan yang merungut tidak mahu ke restoran berkenaan lagi berkemungkinan dengan harganya yang semakin meningkat.

“Saya dapati ada pelanggan yang merungut dan tidak mahu beli lagi kerana mahal dan bukan kerana isu Palestin pun,” katanya.

Pergerakan BDS telah dilancarkan oleh 170 kesatuan Palestin, rangkaian pelarian, pertubuhan wanita, persatuan profesional, jawatankuasa penentangan popular dan badan masyarakat sivil Palestin yang lain.

BDS Malaysia adalah sebahagian daripada gerakan global ini.

Sumber: BDS Malaysia

The post ‘KFC tidak pernah masuk senarai boikot’ – BDS Malaysia appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar