-->

‘Kereta Axia TBY dipinjam oleh rakan adik saya’ – Keluarga nafikan adik terlibat perbuatan tidak senonoh

Satu video tular sepasang kekasih dirakam sedang melakukan perkara tidak senonoh di dalam sebuah kenderaan jenis Perodua Axia. Rakaman tersebut dikecam ramai apatah lagi perbuatan maksiat tersebut berlaku di perkarangan masjid di Kuala Lumpur.

Netizen turut menggali maklumat pemilik kenderaan berkenaan berdasarkan nombor plat kenderaan.

Bagaimanapun, salah seorang keluarga pemilik kenderaan tersebut menafikan perbuatan itu dan mendakwa kereta berkenaan dipinjam oleh rakan adiknya. Menerusi hantaran di Facebook, lelaki tersebut juga mengatakan pemilik asal kenderaan itu adalah bapanya.

“Saya, sebagai individu yang berkaitan dengan video ini, ingin memberikan penjelasan untuk membersihkan nama keluarga saya.

“Axia TBY 3064 adalah kereta milik ayah saya, seorang pesara guru dan kini seorang imam surau. Nama ayah saya telah ditularkan bersama alamat rumah kami. Kereta Axia itu digunakan oleh adik bongsu saya yang sedang belajar di Kuala Lumpur. Adik saya merupakan lepasan tahfiz, dan di sana beliau juga menjadi imam dan guru mengaji.

“Kami insya Allah datang dari keluarga yang baik, bukan pembuat maksiat sebagaimana ditularkan,” tulisnya.

Katanya, ketika kejadian rakan kepada adiknya telah meminjam kenderaan itu dengan alasan mahu menghantar rakannya yang lain ke klinik.

“Kawan adik saya bernama I**** telah meminjam kereta Axia itu. Adik saya berada di perpustakaan dan membenarkan kawannya meminjam kereta untuk menghantar kawan ke klinik.

“Peristiwa dan rakaman tersebut berlaku selepas mereka ke klinik, dan pesalah dalam kereta itu adalah I****, kawan adik saya. Bukan adik saya, apatah lagi ayah saya sebagai pemilik kereta,” katanya.

Dalam pada itu, lelaki berkenaan turut memaklumkan beberapa nombor tidak dikenali menghubungi bapanya dan kereta tersebut terpaksa direhatkan buat sementara waktu kerana sudah menerima ancaman.

Sumber: Hilmi Hamdan

The post ‘Kereta Axia TBY dipinjam oleh rakan adik saya’ – Keluarga nafikan adik terlibat perbuatan tidak senonoh appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar