-->

‘Kami nak terangkan apa yang berlaku bukan perang semata tetapi genocide’ – Khairul Aming & Sofyank bergabung hasilkan video infografik keadan di Gaza

Buat pertama kali, pempengaruh terkenal Khairul Aming dan Sofyank bergabung dalam satu usaha untuk memberikan penerangan berbentuk video infografik buat kefahaman umum tentang apa yang berlaku di Palestin.

Menerusi hantaran di media sosial, Khairul Aming menyatakan ini merupakan koloborasi pertamanya bersama Sofyank.

“Koloborasi pertama dengan Sofyank dan kami nak hasilkan video infografik terangkan apa yang berlaku di Palestin adalah satu genocide dan bukan konflik atau perang semata-mata,” katanya.

Selain infografik mengenai kemusnahan di sana, video berkenaan juga menyelitkan angka korban yang semakin meningkat. Lagi menyedihkan apabila nyawa yang terkorban tertinggi adalah kanak-kanak iaitu sebanyak 14,500.

Apa yang lagi penting katanya menerusi video yang disampaikan mereka akan terangkan situasi kritikal yang berlaku di Rafah dan Jabalia.

Khairul Aming dan Sofyank turut memaklumkan durasi panjang video berkenaan selama lapan minit diharapkan dapat membantu orang ramai untuk memahami dan sedar dengan apa yang berlaku di sana.

Usaha yang dibuat oleh kedua-dua pempengaruh berkenaan dipuji ramai. Mereka berterima kasih dan menganggap video yang disampaikan sangat jelas dan mudah difahami.

Sumber: Khairul Aming

The post ‘Kami nak terangkan apa yang berlaku bukan perang semata tetapi genocide’ – Khairul Aming & Sofyank bergabung hasilkan video infografik keadan di Gaza appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar