-->

‘Jika jelas ikan kelisa milik orang lain, pulangkan pada pemilik’ – Exco Agama Johor

Tular baru-baru ini penduduk di sekitar Layang dan Simpang Renggam ‘berpesta’ menangkap ratusan ikan kelisa yang dipercayai terlepas dari kolam takungan yang pecah.

Beberapa video dan gambar tular juga merakamkan reaksi gembira mereka mendapat hasil tangkapan ikan yang mencecah ribuan ringgit itu. Ada juga yang menjadikan ikan tersebut sebagai menu masakan.

Bagaimanapun, Exco Hal Ehwal Agama Islam negeri, Mohd Fared Mohd Khaled berkata, tindakan mengambil ikan terbabit tidak wajar dan ia jelas milik individu dan sepatutnya dipulangkan kepada pemilik asal.

“Jika jelas ia milik orang lain dan kita tahu siapa pemiliknya, hendaklah kita pulangkan kepada pemilik.

“Itulah sebaik-baik akhlak seorang Muslim, malah semua agama mendidik kita agar tidak mengambil hak orang lain.

“Kita tidak boleh makan atau ambil sesuatu yang bukan hak, malah kita bimbang ia menjadi darah daging jika datang dari sumber yang tidak sah,” katanya.

Walau bagaimanapun jelasnya, situasi tidak sama jika pemilik kolam ikan berkenaan memberi kebenaran atau menghalalkan kepada sesiapa yang mengambil ikan tersebut.

Sumber: Sinar Harian

The post ‘Jika jelas ikan kelisa milik orang lain, pulangkan pada pemilik’ – Exco Agama Johor appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar