-->

‘Coklat Minda’ tanpa label giat dijual di luar sekolah, ibu bapa diminta berhati-hati

Pelbagai taktik yang digunakan oleh penjual untuk melariskan jualan. Tanpa mengira umur dan status pelanggan, peniaga sedaya upaya mempengaruhi dan memujuk pelanggan.

Tanpa rasa bersalah, ada peniaga yang menggunakan agama sebagai satu cara untuk melariskan produk. Seperti hantaran tular, peniaga menjual coklat minda yang didakwa telah diselitkan dengan doa ‘mengikut keadah ulama silam’.

Coklat minda berkenaan dikatakan telah dijual dengan harga RM10. Penjual juga dikatakan telah menyasarkan pelajar-pelajar dengan mengedarkan kertas iklan di luar pagar sekolah.

Bukan hanya meragukan, botol coklat berkenaan juga didapati tiada label dan pengeluar.

“Katanya coklat minda dijual di sekolah dengan harga RM10 sebotol. Botolnya tiada label, siapa pengeluar pun tak tahu. Cuma nak bagi nampak hebat, ditulis lah ayat ” didoa mengikut kaedah ulama silam”.

“Bisnes hari ini banyak yang menggunakan agama sebagai pelaris.Tengoklah coklat minda ini. Warna warni macam coklat yang dijual di kedai kedai tu,” tulisnya.

Sehubungan dengan itu juga, ibu bapa diminta berhati-hati dengan penjualan barangan berkenaan. Sementara itu juga netizen meminta pihak sekolah supaya menyiasat perkara ini agar perkara seperti ini tidak berlaku lagi.

Sumber: Najibah Mustaffa

The post ‘Coklat Minda’ tanpa label giat dijual di luar sekolah, ibu bapa diminta berhati-hati appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar