-->

‘Benda baik tak nampak, benda jahat je diorang nampak’ – Peserta kecewa Hero Teladan dibatalkan

YouTuber Isa Isarb terpaksa menghentikan program Hero Teladan yang dianjurkannya susulan mendapat banyak kecaman dari netizen.

Menerusi video di TikTok kelmarin, Isa menjelaskan dia turut menanggung kerugian RM500,000 disebabkan pembatalan itu. Walau bagaimanapun, pihaknya tidak akan membiarkan para peserta balik dengan tangan kosong di mana ganjaran tetap akan diberikan kepada mereka.

“Dukacita dimaklumkan program ini terpaksa dihentikan serta-merta kerana mendaat tentangan keras daripada majoriti penonton, selepas isu konsep program yang meletakkan peserta lelaki dan perempuan di bawah bumbung yang sama.

“Pihak penganjur akan menanggung rugi bersendirian tanpa melibatkan peserta.

“Risiko program ini diteruskan adalah kemungkinan serbuan oleh Jabatan Agama Islam Negeri, di mana anda dan pihak penganjur boleh disabitkan dengan undang-undang syariah,” kata kenyataan itu.

Peserta luah rasa kecewa

Isa turut berkongsi video reaksi para peserta selepas menerima berita yang mendukacitakan tersebut. Rata-rata menunjukkan reaksi terkejut, kecewa dan menangis.

“Benda baik yang kita tunjuk, susah orang nak nampak. Benda jahat je yang diorang nampak,” kata salah seorang peserta.

Netizen puji Isa terima teguran

Di media sosial, netizen memuji tindakan Isa membatalkan program itu selepas mendapat teguran ramai. Tidak kurang juga yang menasihatkan Isa untuk terus berkarya dengan menerbitkan kandungan yang lebih baik dan bermanfaat.

“Alhamdulillah program paling tak bermanfaat dibatalkan. Teruskan mencari idea konten baru Isa. Ambillah talent yang matang, jangan ambil budak-budak TikTok sahaja. Cari yang tak famous, tetapi berbakat. Biar dia build fanbase dekat platform Isarb,” kata netizen.

“Itulah.. kesian diorang cari duit tapi tak kena dengan cara. Tak elok buat program lelaki perempuan bergaul macam ni,” tambah netizen lain.

Terdahulu Isa menganjurkan program Hero Teladan yang menempatkan peserta lelakidan perempuan di satu rumah dengan cabaran tanpa menggunakan telefon selama 77 hari. Peserta yang berjaya mengharungi cabaran itu akan mendapat hadiah berupakan wang tunai sebanyak RM40,000.

The post ‘Benda baik tak nampak, benda jahat je diorang nampak’ – Peserta kecewa Hero Teladan dibatalkan appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar