-->

Anak lelaki maut, dilanggar bapa secara tidak sengaja

Seorang kanak-kanak lelaki berusia setahun lapan bulan maut selepas bapanya secara tidak sengaja terlanggar mangsa ketika mengalihkan kenderaan pacuan empat roda di Kampung Wakaf Kubor, Kluang, Kampung Raja, Besut.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Abdul Rozak Muhammad berkata, pihaknya menerima laporan berkenaan kematian kanak-kanak lelaki itu semasa mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Gong Medang selepas disahkan meninggal dunia pada jam 10.30 pagi.

Katanya, siasatan awal dijalankan dan mendapati kejadian berlaku ketika bapa kanak-kanak mengalihkan kenderaan jenis pacuan empat roda selepas selesai membasuh kenderaan di halaman rumah.

“Lelaki tersebut tidak menyedari anaknya yang sedang bermain telefon bimbit di atas tangga rumah telah bergerak menuju ke arah kenderaan yang dipandunya itu dan menyebabkan dia telah terlanggar kanak-kanak itu,” katanya.

Beliau berkata, proses bedah siasat masih dijalankan untuk mengenalpasti kecederaan dialami mangsa.

Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 31 (1) Akta Kanak-Kanak 2001 dan Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Dalam pada itu, ibu bapa diminta perlu lebih berhati-hati serta peka semasa memandu di kawasan kediaman terutamanya yang mempunyai anak kecil serta sentiasa mengawasi mereka untuk mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku.

Sumber: Bernama, Harian Metro

The post Anak lelaki maut, dilanggar bapa secara tidak sengaja appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar