-->

‘20% kanak-kanak di Malaysia alami masalah bantut’ – Dr Muhammed Khalid

Tumbesaran kanak-kanak sedari awal amat penting bagi menjamin kesihatan fizikal yang baik. Justeru itu, faktor pemakanan dan corak kehidupan memainkan peranan penting dalam tumbesaran kanak-kanak.

Menerusi satu laporan, 20% kanak-kanak mengalami masalah bantut. Peratusan tersebut menimbulkan persoalan apabila dikatakan peratusan tersebut datangnya dari bandar-bandar besar.

Ahli ekonomi, Dr Muhammed Khalid menyifatkan situasi ini sebagai kemiskinan dari segi kesihatan.

“Kita ingat dah nokhtahkan, tapi rakyat Malaysia 20% ketot, tak cukup tinggi. Sebenarnya ini data yang sama peratusan pada hujung tahun 1990-an.

“Dah 20 tahun, negara makin kaya, GDP melonjak tinggi, kanak-kanak makin tidak sihat,” katanya.

Dalam pada itu beliau turut membuat perbandingan dengan negara yang mempunyai GDP (Gross Domestic Product) yang sama dengan Malaysia, iaitu Turki.

“Turki alami masalah tu dalam 6-8% sahaja. Kita tiga kali ganda lebih teruk. Di sesetengah negeri di Kelantan 1 daripada 3 alami bantut.

“Di Putrajaya pun tinggi lebih kurang 1 daripada 4,” katanya.

Menurutnya, kajian turut dijalankan di flat kos rendah di Kuala Lumpur mendapati satu daripada dua kanak-kanak makan kurang daripada tiga kali sehari. Dalam kajian itu turut ditanyakan kanak-kanak tentang makanan yang dimakan.

“Makan mi segera lebih. Kadar peratusan mi segera naik hingga 46%,” katanya.

Justeru itu katanya, masyarakat harus diberikan khidmat nasihat dan bimbingan sedari awal.

Sumber: Ekonomi Rakyat

The post ‘20% kanak-kanak di Malaysia alami masalah bantut’ – Dr Muhammed Khalid appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar