-->

145 negara kini iktiraf negara Palestin

Perang genosid yang tidak berkesudahan ke atas Gaza mendorong semula desakan antarabangsa untuk memberikan hak negara sendiri kepada Palestin.

Beberapa hari lalu, Sepanyol, Norway dan Ireland menjadi negara terbaharu yang mengiktiraf negara Palestin.

Tindakan berkenaan dikatakan telah mencetuskan kemarahan Israel.

Pengiktirafan dari ketiga-tiga negara itu menjadikan jumlah negara anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang menyatakan sokongan rasmi kepada Palestin meningkat kepada 145 negara daripada 193 negara.

Manakala Amerika Syarikat (AS) selaku sekutu kuat rejim Tel Aviv, Kanada, sebahagian besar negara Eropah Barat, Australia, Jepun dan Korea Selatan masih enggan berpihak kepada tuntutan Palestin.

April lalu, Washington menggunakan kuasa veto mereka di Majlis Keselamatan PBB (UNSC) untuk menghalang permohonan Palestin yang mahu menjadi anggota penuh PBB.

Sweden menjadi negara pertama anggota Kesatuan Eropah (EU) yang mengiktiraf negara Palestin. Tindakan negara berkenaan pula diikuti oleh Bulgaria, Cyprus, Republik Czech, Hungary, Poland dan Romania yang mengikut jejak langkah sama pada tahun 2014.

Sumber: Sinar Harian

The post 145 negara kini iktiraf negara Palestin appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar