-->

'Time aku jatuh, orang keliiling ketawakan aku'



Apabila menjalankan perniagaan, peniaga sudah semestinya akan berdepan dengan pelbagai risiko. Selain risiko menanggung kerugian, peniaga juga berdepan dengan risiko peralatan rosak, cuaca, faktor lokasi dan sebagainya. Bagi perniagaan yang berskala besar mungkin tidak ada masalah, tetapi bagi peniaga-peniaga kecil, situasi ini agak sukar untuk dihadapi.


Situasi sedemikian mungkin satu masalah yang sudah acapkali dihadapi dan boleh diperbetulkan. Tetapi,masalah ejekan dan hinaan orang sekeliling membuatkan ada peniaga yang berasa goyah dan sedih.


Di TikTok, seorang peniaga meluahkan rasa sedih apabila dia ditertawakan kerana gerai jualannya terbakar.


“Ada sesuatu yang berlaku pada diriku. Ya, aku tahu aku jahil. Tapi kenapa di saat aku jatuh, orang keliling ketawakan aku. Aku penat, sial. Aku tak kacau orang pun. Aku cuma cari rezeki aku untuk family aku yang tak senang. 


"Aku biasa, berniaga di pasar malam. Satu je yang aku nak ingatkan pada semua orang kat luar sana, korang jangan pernah ketawakan orang di saat sedang jatuh,” katanya dengan sebak.


@taukeylu #taukeypasarmalam ♬ Piano, sad, touching, majestic, nature, movie - arachang


Rata-rata netizen bersimpati dengan apa yang menimpa lelaki ini dan memberikan kata-kata semangat agar dia dia tabah dalam menghadapi dugaan. Tak kurang juga ada yang mempersoalkan tindakan orang ramai yang hanya ketawakan peniaga ini tanpa membantu apa-apa.


“Gerai saudara kita ni terbakar. Katanya ramai yang gelakkan beliau apabila gerainya terbakar.


“Tapi itu lah. Kita ni kadang terlepas pandang. Bila kawan jatuh terlentang pun kita gelakkan dulu baru tolong,” tulis Cikgu Anep.


“Manusia jenis apa ya gelakkan orang ditimpa musibah? Semoga usaha brother ni untuk bangkit semula dipermudahkan oleh Allah,” tulsi Rahah Ghazali.


Sumber: TikTok Taukey Pasar Malam,  Cikgu Anep



LihatTutupKomentar