-->

'Saya akan kopak benda ni, nak tenang apa?!' - Kad Touch n' Go tak berfungsi, lelaki ini ugut rempuh palang tol



Hanya kerana mengalami masalah kad Touch n' Go (TnG), seorang lelaki sanggup memarahi petugas tol di Plaza Tol Gombak dan mengugut akan melanggar palang tol jika masalahnya tidak diselesaikan. Cubaan petugas tol memintanya bertenang juga tidak berjaya kerana lelaki itu tetap tidak berpuas hati. 


"Saya akan kopak benda ni, nak tenang apa? Saya dah lama tunggu. Saya lalu ke Tol Gombak menghala ke Bentong, saya punya kad baru je beli tapi bila sampai je sini, palang gate tak nak bukak.  Lepas tu dia suruh saya bayar cash pulak. Habis, apa guna saya bayar beli Touch and Go ni," bentaknya.


"Semua lorong tak boleh pakai," kata petugas tol pula sambil menunjukkan kad kepunyaan lelaki itu.


"Tak boleh pakai dua, tiga lorong itu bukan masalah saya," jawab lelaki itu pula.


"Kad ni ada masalah," kata petugas tol. 


"Ni silap siapa ni? Habis macam mana saya nak lalu? Kalau tidak saya kopak benda ni,' kata lelaki itu.


Petugas tol sekali lagi meminta lelaki itu bertenang dan memintanya membayar sebanyak RM 6 jika mahu palang dibuka, tetapi lelaki itu tetap berdegil.


"Kenapa saya perlu bayar cash, dalam ni dah ada duit," katanya lagi.


Di media sosial, netizen 'pening' dengan sikap lelaki itu dan menyoal mengapa disulitkan perkara yang mudah. Jika lelaki ini menghulurkan RM6, palang dibuka, selesai masalah. Tetapi ada juga netizen mendakwa kad TnG jenis NFC mudah rosak dan sukar untuk mengesan mana-mana tol. 


Sumber: IniAlalalann, Tiktok Ciknibqgq18



LihatTutupKomentar