-->

“Nampak Dia Ada Rasa Kesal..” Syamsul Yusof Masih Sayang Puteri Sarah lagi, Ramai perasan sesuatu

Sedia maklum, semalam, pengarah sensasi Syamsul Yusof hadir ke Mahkamah Rendah Syarie Gombak Timur, Kuala Lumpur susulan sebutan pertama permohonan nusyuz terhadap isteri, Puteri Sarah.

Sehubungan dengan sebutan tersebut, Syamsul atau nama sebenarnya, Mohd Syamsul Mohd Yusof memohon doa daripada orang ramai agar segala keputusan adalah yang terbaik buat rumah tangganya.

Di platform TikTok, banyak video temubual Syamsul bersama pihak media setelah keluar dari mahkamah untuk beri penjelasan dan dari situ netizen perasan raut wajah pelakon tersebut tidak cerai serta kelihatan muram. Dalam pada itu, ramai juga beranggapan Syamsul masih menyayangi isteri pertama biarpun berlakunya kemelut rumah tangga yang agak teruk.

Sekadar info, konflik rumah tangga pasangan selebriti itu mula diperkata ramai sejak tahun 2020, namun Syamsul sama sekali tidak pernah membuka mulut mengenai masalah yang berlaku tetapi pada bulan Januari tahun ini, Sarah membongkarkan bahawa suaminya sudah mengahwini wanita lain bernama Ira Kazar.

Pelakon dan pengarah sensasi, Syamsul Yusof memaklumkan hubungannya dengan anak-anak masih kekal baik walaupun sedang berhadapan kemelut rumah tangga bersama isteri pertama, Puteri Sarah Liyana. Menurut Syamsul atau nama penuhnya Mohd Syamsul Mohd Yusof, isterinya memberikan kerjasama yang baik untuk dia berjumpa dengan kedua anak mereka iaitu Syaikhul Islam dan Sumayyah.

Alhamdulillah, saya jumpa anak-anak saya. Sarah pun beri kerjasama yang baik walaupun dia failkan hak penjagaan. Bukan itu sahaja, pengarah berusia 39 tahun itu turut memuji sikap Sarah yang kekal profesional berkaitan urusan anak. Selama ini pun walaupun kami ada masalah, saya dan Sarah bersikap profesional pasal anak, masing-masing bagi kerjasama.

Menurut laporan Mstar, Syamsul telah hadir di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur bagi sebutan kes nusyuz terhadap Puteri Sarah. Bagaimanapun, kes tersebut telah ditangguhkan pada 8 Mei selepas Sarah difahamkan tidak dapat hadir ke Mahkamah kerana berada di luar negara. Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Pengarah filem Munafik itu kelihatan tenang dan meminta agar peminat di luar sana mendoakan yang baik-baik bagi permasalahan yang dihadapinya kini. Alhamdulillah ok. Doakan yang baik- baik, bulan puasa. Saya pun nak jagalah, tak nak mengeluarkan kata-kata tidak sepatutnya, ramadan, ramadan.

 

 

Sementara itu, Puteri Sarah tidak hadir dan hanya mewakilkan peguamnya, Datuk Akberdin Abdul Kadir. Difahamkan aktres itu kini sedang berada di luar negara untuk tuntutan kerja. Syamsul menafikan tujuan dia membuat tuntutan nusyuz itu adalah untuk membalas dendam sebaliknya hanya mahu menyelamatkan rumah tangga mereka.

Dalam tuntutan tersebut, Puteri Sarah didakwa telah meninggalkan rumah kelamin sejak Oktober 2020, masih menghubungi bekas kekasih dan memfitnah Syamsul memukul serta tidak memberi nafkah terhadap dirinya dan anak-anak.

Sumber : Beautifulnara



LihatTutupKomentar